Friday, January 30, 2009

BUTIRAN TUGAS (JOB DESCRIPTION):

MAJLIS PESURUHJAYA DAERAH,
PPM DAERAH PADANG TERAP.

PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH: TUAN OMAR BIN ETING
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA: PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI.

Fungsi Pesuruhjaya Pengakap Daerah di daerahnya adalah secara am, bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, dengan kerjasama Persatuan Daerah di mana perlu untuk kebajikan, kemajuan dan latihan Pergerakan dan untuk dasar organisasi dan persatuan terutama:-

1. Untuk memberi sokongan, bimbingan dan nasihat kepada kumpulan-kumpulan Pengakap di dalam daerah dalam bidang-bidang berikut:-
a. Penyediaan rancangan-rancangan untuk memenuhi objektif kakitangan kumpulan-kumpulan dan pengurusan peribadi.
b. Perkembangan Pergerakan.
c. Program Muda / Remaja dan aktiviti-aktiviti latihan.
d. Harta dan pentadbiran.
e. Latihan Pemimpin.
f. Pentadbiran Kakitangan.
g. Pemasaran dan Promosi Pergerakan Pengakap.

2. Menggalakkan kemajuan kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah supaya setiap generasi muda berpeluang mengambil bahagian di dalam Pergerakan Pengakap.

3. Menyelia secara am aktiviti kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah Pengakap dan memastikan jawatankuasa kumpulan menyokong cadangan dan menerima laporan-laporan pencapaian mereka.

4. Bersama-sama dengan Pemimpin Kumpulan menilai pencapaian kumpulan tersebut.

5. Menyiasat dan menyelesaikan perselisihan di antara ahli-ahli Pergerakan sebagaimana diperlukan.

6. Memastikan Jawatankuasa Pengurusan ditubuhkan bagi setiap kem atau kawasan aktiviti di dalam Daerah dan bertindak sebagai Penasihat bagi Jawatankuasa Pengurusan.

7. Bekerjasama dan menjaga hubungan baik dengan lain-lain pertubuhan belia di dalam masyarakat khasnya Pandu Puteri, B.P, Scout Guild, Persaudaraan Pengakap Raja dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat amnya.

8. Memastikan semua Jawatankuasa Kumpulan hadir semasa perlantikan Pemimpin Kumpulan sebagai suatu yang diutamakan.

9. Melawat kumpulan-kumpulan dan memberi nasihat tentang cara menjalankan aktiviti sebagaimana yang tercatat di dalam 'Scouting for Boys', POR dan Buku Panduan Pengakap.

10. Berurusan dengan apa sahaja di bawah bidang kuasa beliau mengikut POR terutamanya dengan:-
10.1. Tauliah-tauliah.
10.2. Pangkat-pangkat terhormat.
10.3. Pendaftaran kumpulan.
10.4. Keahlian Pengakap dan ahli-ahli biasa.
10.5. Pingat-pingat dan anugerah-anugerah.

11. Mengawal semua pelawat Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, ketika perkhemahan dan Kelana bertindak sebagai Penasihat dalam apa jua situasi. Sekiranya perlu perkara tersebut akan dilaporkan kepada Pesuruhjaya berkenaan.


PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (LATIHAN DEWASA) - PPD(LD)
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA: PESURUHJAYA DAERAH

OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM:

Menasihat, memaju dan menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan latihan, polisi-polisi dan latihan-latihan di dalam daerah untuk membantu Pesuruhjaya Daerah dalam mencapai objektif-objektif Pengakap Daerah.

TUGAS-TUGAS:
1. Menasihat kumpulan dan pemimpin-pemimpin bahagian dan pertubuhan Daerah dalam semua hal-hal latihan.

2. Menyokong secara aktiv Pasukan Latihan.

3. Menyimpan rekod latihan setiap Pemimpin di Daerahnya.

4. Memproses dan meluluskan semua permohonan-permohonan untuk menghadiri kursus-kursus Latihan Pemimpin.

5. Menggalak dan membimbing

No comments:

Post a Comment